Soalan Lazim

Soalan Lazim

1

Apa itu i-LEARN Ace?

i-LEARN Ace merupakan platform pengajaran dan pembelajaran hibrid; bukan sahaja boleh digunakan secara dalam talian (online) tetapi juga secara luar talian (offline) dengan menggunakan Aplikasi Mudah Alih i-LEARN Ace (App). Platform ini boleh diakses di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja; bertepatan sekali dengan motonya, iaitu M-Learning Platform (Mobile Learning Platform).
2

Syarikat manakah yang membangunkan dan memasarkan i-LEARN Ace?

i-LEARN Ace dibangunkan oleh syarikat Sasbadi Online Sdn. Bhd. dan dipasarkan oleh MindTech Education Sdn. Bhd.. Dua syarikat tersebut merupakan anak syarikat Sasbadi Holdings Berhad. Sasbadi Online merupakan pakar dalam kandungan pendidikan Malaysia dan pembangunan platform digital.
3

Siapakah pengguna i-LEARN Ace?

Guru, murid, dan ibu bapa murid Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) bermula dari tahun 4 hingga tingkatan 5.
4

Berapakah jenis akaun yang terdapat dalam i-LEARN Ace?

Terdapat tiga jenis akaun, iaitu Akaun Murid, Akaun Guru, dan Akaun Ibu Bapa (percuma selepas melanggan Akaun Murid).
5

Adakah kandungan i-LEARN Ace meliputi semua sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan sentiasa dikemas kini?

Ya, kandungan i-LEARN Ace meliputi semua sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan sentiasa dikemas kini 100% mengikut silibus KSSR Semakan / KSSR / KSSM.
6

Apakah fungsi dan ciri i-LEARN Ace?

(a) Nota
(b) Peta minda dan Peta i-THINK
(c) Penilaian
  • Praktis Objektif
  • Praktis Subjektif
    • Praktis Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
    • Praktis Pentaksiran Sekolah (PS)
    • Praktis Lisan (Kemahiran Mendengar dan Bertutur)
    • Praktis Seni Bahasa
    • Praktis ke Arah PT3 dan SPM
  • Kertas Ujian, Kertas Model PT3, dan SPM
(d) Kemajuan - Laporan prestasi yang jelas dan komprehensif
(e) Ganjaran dan motivasi
(f) Kamus
(g) Video Pengajaran
(h) Aplikasi Mudah Alih
(i) Tugasan - Guru dan Ibu Bapa
7

Apakah pakej yang ditawarkan oleh i-LEARN Ace?

i-LEARN Ace menawarkan 4 pakej, iaitu:
(a) Pakej Sekolah Rendah SK (Tahun 4, 5 dan 6)
(b) Pakej Sekolah Rendah SJKC (Tahun 4, 5 dan 6)
(c) Pakej Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1, 2 dan 3)
(d) Pakej Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 4 dan 5)
8

Apakah subjek yang ditawarkan bagi setiap pakej i-LEARN Ace?

9

Apakah ciri dan fungsi Akaun Ibu Bapa i-LEARN Ace?

Setiap keputusan set soalan praktis objektif yang telah dijawab oleh anaknya akan dihantar terus ke Akaun Ibu Bapa dan e-mel ibu bapa. Dengan demikian, ibu bapa akan segera mengetahui prestasi anak mereka bagi semua subjek. Selain itu, sistem kami akan membantu ibu bapa menghantar tugasan kepada anaknya sekali setiap bulan.
10

Apakah ciri dan fungsi Akaun Guru i-LEARN Ace?

Melalui Akaun Guru, guru dapat menggunakan kandungan i-LEARN Ace sebagai bahan pengajaran secara tradisional atau tuisyen secara maya. Guru juga dapat memberikan nota tambahan (klip video, audio, animasi, foto dan nota peribadi), tugasan peta minda, dan tugasan soalan (praktis objektif dan praktis subjektif) kepada murid. Tugasan soalan objektif akan disemak oleh sistem dan keputusannya akan dihantar ke Akaun Guru. Laporan tugasan turut dijana di Akaun Guru agar guru dapat mengetahui prestasi murid-murid mereka.
11

Adakah saya perlu menggunakan komputer dengan spesifikasi yang canggih untuk mengakses i-LEARN Ace?

Tidak perlu. Anda hanya perlu menggunakan pelayar Google Chrome di komputer, tablet atau telefon pintar sekiranya ingin menggunakan i-LEARN Ace secara dalam talian (online). Jika anda ingin menggunakan i-LEARN Ace secara luar talian (offline) pula, anda perlu memuat turun Aplikasi Mudah Alih i-LEARN Ace di App Store atau di Play Store.
12

Berapakah harga langganan untuk pakej i-LEARN Ace?

Harga runcit biasa bagi pakej i-LEARN Ace adalah seperti yang berikut:
(a) Akaun Murid 180 hari: RM193
(b) Akaun Murid 365 hari: RM385
(c) Akaun Guru 365 hari: RM385

Anda juga boleh menjadi ahli MindTech Education untuk menikmati harga ahli, iaitu:
(a) Akaun Murid 180 hari: RM175
(b) Akaun Murid 365 hari: RM350
(c) Akaun Guru 365 hari: RM350
13

Adakah video panduan disediakan sekiranya saya tidak tahu menggunakan fungsi yang terdapat dalam i-LEARN Ace?

Ya, i-LEARN Ace menyediakan video panduan sekiranya anda ingin tahu cara-cara menggunakan fungsi yang terdapat dalam i-LEARN Ace. Sila klik pautan ini, http://www.sasbadionline.com/tutorial.
14

Adakah perkhidmatan selepas jualan disediakan sekiranya saya menghadapi masalah dengan i-LEARN Ace?

Ya, kami menyediakan perkhidmatan selepas jualan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang i-LEARN Ace atau menghadapi masalah teknikal atau masalah kandungan, sila hantar e-mel anda ke enquiry@ilearnace.com. Anda juga boleh menghubungi kami melalui nombor: +603-6142 3820 dan +603-6150 4526. Kami juga menyediakan Talian Sokongan Teknikal Mobil, iaitu +6010-4028331 untuk memudahkan anda membuat panggilan, menghantarkan khidmat pesanan ringkas (SMS), WhatsApp, Telegram, Viber, WeChat atau Line kepada kami berkenaan dengan i-LEARN Ace. Waktu bekerja kami adalah seperti yang berikut:
Isnin hingga Jumaat (kecuali Cuti Umum)
8:30 pagi - 1:00 tengah hari dan
2:00 petang - 5:30 petang
Sekiranya anda ingin menghubungi kami selepas waktu bekerja, kami akan melayan pertanyaan anda pada hari bekerja yang berikutnya.
© 2015 SasbadiOnline.Com. Hak cipta terpelihara. Privasi
MalayEnglish中文